Rabu, 13 Januari 2016

Maqasid Syariah(Matlamat Umum)

Kontek pengurusan Islam

Objektik umum sesebuah  organisasi seharusnya tidak lari daripada matlamat umum syariah Islamiah.

Menurut Imam Syartibi dan Al Ghazali(2010), matlamat umum syariah merangkumi lima komponen maqasid yang sangat mustahak, iaitu:-


  • keselamatan akal
  • agama
  • harta 
  • jiwa/nyawa
  • keturunan 
bagi setiap perundangan hukum itu mestilah bertujuan  melindungi atau memelihara kepentingan akal, agama, harta dan nasab atau keturunan umat manusia.



Komponen penting maqasid ini membuktikan bahawa Islam  adalah sistem hidup yang lengkap, komprehensf, relevan pada bila-bila masa dan sudah tentu boleh dilaksanakan dalam apa-apa jua urusan kehidupan. 

Garis panduan yang ideal ini adalah untuk memastikan segala keperluan, kehendak dan aspirasi kehidup dapat dipenuhi serta terpelihara dan selari dengan prinsip maqasid syariah iaitu menjamin serta melindungi maruah, kepentingan dan serta kehormatan individu  disamping  memelihara keharmonian hubungan sesama manusia. 

Bagi mencapai objektif pengurusan Islam, strategi, pendekatan, etika dan budaya yang ingin dikembangkan dalam sesebuah organisasi perlulah seiring dengan matlamat syariah Islam di samping mencapai matlamat khusus organisasi itu sendiri.

isi dan huraian tentang maqasid syariah

Maqasid syariah adalah mashlahah atau kebaikan dan kesejahteran umat manusia. Maqasid Al Syariah
1.    Allah
2.    Mukallaf

Al-Ubudiyyah  ialah prinsip organisasi yang berkaitan  dengan matlamat dan fungsi utama manusia sebagai hamba Allah. Prinsip ini merujuk sifat pengabdian diri seseorang insan dengan setelusnya hanya kepada Allah SWT. Kegiatan seorang individu dan juga seluruh kegiatan didalam organisasi perlulah berpegang kepada konsep pengabdian diri kepada Allah.
Islam mempunyai konsep dan pengertian yang jelas tentang hubungan manusia dengan Allah  SWT sebagai pencipta alam seluruhnya. Pandangan Islam adalah tentang ketuhanan adalah berasaskan konsep ibadat kepada Allah dengan memusatkan peranannya kepada keimanan yang mutlak kepada Allah. Konsep ini, membawa maksud kepada seseorang Muslim hendaklah patuh kepada suruhan Allah dan menjauhi segala larangan-Nya. Beriman dengan keesaan Allah merupakan landasan pengabdian seseorang Islam terhadap Tuhannya (Ahmad Ibrahim Abu Sin,1991)


Allah berfirman dalam surah al-Nahu l
وَقَالَ اللّهُ لاَ تَتَّخِذُواْ إِلهَيْنِ اثْنَيْنِ إِنَّمَا هُوَ إِلهٌ وَاحِدٌ فَإيَّايَ فَارْهَبُونِ ﴿٥١﴾
وَلَهُ مَا فِي الْسَّمَاوَاتِ وَالأَرْضِ وَلَهُ الدِّينُ وَاصِبًا أَفَغَيْرَ اللّهِ تَتَّقُونَ ﴿٥٢﴾
bermaksud: “Janganlah kamu sembah dua tuhan. Hanya Dia Tuhan yang Esa,sebab itu takutlah kamu kepada-Ku. Allah memiliki apa-apa yang di langit dan di bumi dan kepada-Nya (hendaklah) kamu patuh selama-lamanya. Adakah kamu takut kepada yang lain daripada Allah?”
(Surah al-Nahl 16:51-52)

Setiap manusia  merupakan khalifah yang dilantik oleh Allah untuk memakmurkan muka bumi. Ahmad Ibrahim Abu Sin (1991) berpendapat bahawa Islam telah meletakkan garis panduan tertentu bagi seorang pemimpin, pengurus, pentadbir yang diamanahkan oleh Allah untuk memahami  konsep ubudiyyah yang berikut:
  1. Allah tidak meredai hamba-Nya yang bersikap menjauhi kemewahan dunia dengan mengurung diri di dalam rumah-rumah ibadat seperti masjid atau surau semata-mata untuk tujuan beribadat, sedangkan manusia boleh beribadat di mana-mana sahaja sama ada di kebun atau di tempat-tempat perniagaan.Hal demikian kerana Allah mengetahui kesemua perlakuan ibadat dan pekerjaan yang dilakukan oleh seorang hamba-Nya. Segala ibadat dan pekerjaan yang ikhlas dapat mendekatkan hamba kepada Penciptanya.
  2. Hubungan manusia dengan Allah SWT adalah berasaskan satu perjanjian atau kesanggupan yang azali. Manusia telah mengakui ketuhanan (ubudiyyah) Allah serta menyatakan kesanggupan untuk mengabdikan diri semata-mata kepada-Nya. Perjanjian ini dibuat ketika manusia di alam roh lagi. Firman Allah dam Surah al-Araf yang bermaksud:”Bukankah Aku Tuhan kamu?” Maka jawab roh: “Ya, kami bersaksi supaya Engkau tidak menyatakan pada hari Qiamat: sesungguhnya kami lupa terhadap hali ini.”(Surah al-Araf 7:172).
 Allah Swt ada menyebutkan lagi dalam firman-Nya yang bermaksud: “(Ingatlah) ketika Tuhanmu berfirman kepada malaikat, sesungguhnya Aku dan menjadikan  seorang khalifah diatas muka bumi. Maka jawab mmereka: adakah patut Engkau menjadikan di atas muka bumi orang yang berbuat bencana dan menumpahkan darah sedangkan kami bertasbih memuji dan mensucikan “(Surah al Baqarah 2:30). Pengakuan dan pengiktirafan ini menyaebabkan Allah mengurniakan muka bumi ini kepada manusia untuk diperintah dan dibangunkan. Manusia dibekalkan dengan kuasa dan pelbagai kemudahan termasuklah bumi, laut serta seisi perutnya sebagai punca rezeki agar mansia bersyukur dan mengingati Allah (Abu Sin, 1991).
Allah SWT berfirman lagi yang bermaksud: “Dan kepada kaum Thamud, kami utuskan saudara mereka: Nabi Soleh. Ia berkata:Wahai kaumku! Sembahlah kamu kepada Allah! Sebenarnya tiada Tuhan bagi kamu selain daripada-Nya. Dia lah yang menjadikan kamu dari bahanbahan bumi serta menghendaki kamu memakmurkannya. Oleh itu mintalah ampun kepada llah daripa perbuatan syirik, kemudian kembalilah kepada-Nya dengan taat dan tauhid. Sesungguhnya Tuhanku sentiasa dekat, lagi sentiasa memperkenankan permohonan hamba-Nya.”( surah Hud 11:61).
Konsep ubudiyyah bukan sahaja dapat mencorakkan pembetukan individu, tetapi juga membentuk hala tuju serta budaya organisasi tersebut. Antara perkara penting yang berkaitan dengan ubudiyah serta hubungannya dengan organisasi adalah seperti yanberikut (Rasit et.al., 2008)

1.    Matlamat atau hala tuju organisasi perlu seiring dengan konsep pengabdian diri kepada Allah. Konsep ini akan menjadikan matlamat sesuatu yang sejajahrnya dengan matlamat yang hendak dicapai oleh Islam.
2.    Cara, kaedah atau kegiatan yang dilaksanakan untuk mencapai matlamat organisasi juga perlu seiring dengan konsep ubudiyyah kepada Allah. Konsep ini menjadikan cara untukmencapai matlamat tersebut mengambil kira nilai dan prinsip Islam di samping  menegaskan penolakan terhadap konsep ‘matlamat menghalalkan cara’.
3.    Budaya yang wujud dan subur  dalam organisasi perlu didokong dengan semangat pengabdian diri kepada Allah SWT. Maka, budaya yang bernafaskan nilai Islam akan wujud di dalam organisasi tersebut
Jika konsep ubuiyyah ini difahami dan dihayati dengan baik, maka elemen ini mampu memberi kesan yang positif kepada pembentukan watak warga organisasi serta budaya organisasi yan diwujudkn. Antara perkara penting dalam hubungan tersebut termasuklah yang berikut:
1.    Warga organisasi akan mengaitkan segala kegiatan dalam organisasi dengan agama. Hal ini menjadikan mereka seorang yang sensitive terhadap arahan dan tegahan daal agama Islam. Perkaitan ini dapat mengambarkan bahawa agama menjadi nilai atau prinsip utama dalam sesebuah organisasi
2.    Warga organisasi akan berusaha untuk menjadikan setiap kegiatan dalam organisasi itu sebagai suatu ibadah iaitu dengan menjaga adab dan syarat-syaratnya. Penghayatan konsep ini amat penting dalam usaha memupuk nilai dan budaya  Yng positif didalam organisasi.
3.    Budaya yang wujud dalam organisasi menjadi sesuatu yang positif sejajaj dengan nilai dan prinsip agama. Budaya positif akan menyumbang kea rah pengurusan dan mengurangkan pelbagai perkara yang negatif seperti rasuah, salah guna kuasa dan sebagainya.
4.    Agama menjadi unsur utama dalam menentukan tindak tanduk dan kegiatan dalam organisasi. Dengan itu, seluruh warga organisasi dapat menjadikan agama sebaagi penentu nilai utama dalam kegiatan perkembangan organisasi.
Konsep ubudiyyah merupakan satu prinsip penting dalam organisasi kerana konsep ini dapata membentuk individu yang baik dan berperanan memajukan organisasi yang positif, yang baik untuk perkembangan dan kemajuan organisasi.

Al-Syura ialah prinsip pengurusan Islam yang kedua. Kepentingannya ditegaskan dengan jelas dan nyata dalam al-Quran. Kemudia, dikukuhkan lagi oleh sunah Rasulullah SAW serta amalan para sahabat. Al- Syura yang bermaksud muzakarah atau musyawarah juga merupakan unsur yang dianggap penting dalam kehidupan seharian.
Antara kepentingan al-syura dalam hubungannya dengan pengurusan ialah:
1.    Amalan syura menjadikan keputusan yang dibuat menjadi lebih baik berdasarkan logik akal. Keputusan yang dibuat mengikut pandangan ramai lebih baik daripada pandang seorang.
2.    Syura boleh memantapkan keputusan yang dibuat hasil perbincangan yang lebih matang dan mendalam
3.    Syura juga akan dapat mengelakan kekeliruan dan ketidakfahaman kerana sesuatu perkara itu dibincangkan dengan teliti dan melibatkan jumlah ahli majlis yang ramai
4.    Melalui syura, kesalahan yang besar dapat dielakkan kerana keputusan yang dibuat telah diputuskan secara bersama (mengikut persepakatan ramai)
5.    Syura bertujuan meningkatlam komitmen pekerja kerana keputusan tersebut dibuat bersama. Mereka akan merasakan keputusan yang dibuat itu adaalh kepusan bersama dan bukan keperluan individu sahaja.
6.    Syura merupakan wadah untuk memanfaatkan mereka yang berilmu, berpengalaman dan berkemahiran. Dengan itu, setiap mereka yang berpotensi akan merasakan diri mereka dihormati dan dihargai terutama apabila berbincang dan membuat keputusan bersama

Al- Hurriyah bermaksud kebebasan. Kebebasan menjadi salah satu prinsip pengurusan Islam. Prinsip ini bertitik tolak daripada hakikat pengiktirafan  Islam terhadap kebebasan yang manusia miliki sejak ia dilahirkan. Islam menentang sebarang bentuk perhambaan tanpa sebarang alasan kecuali perhambaan terhadap Allah SWT

  1. Kebebasan beragama atau mengamalkan agama dan fahaman yang dianuti
  2. Kebebasan berfikir
  3. Kebebasan bersuara
  4. Kebebasan memiliki dan mencari harta
  5. Kebebasan untuk menuntut ilmu
  6. Kebebasan pengerak
Itqaan (kerja yang dilakukan dengan tekun dan bersungguh-sungguh)
Sifat ini merujuk pada pelaksanaan dan penyempurnaan kerja yang dilakukan dengan tekun dan bersungguh-sungguh. Pengurus itu mesti yakin bahawa kerja yang dilakukannya itu akan mendapat ganjaran daripada majikannya. Namun, semasa menumpukan sepenuh perhatian kepada pekerjaan, mereka tidak harus  melupakan atau mengabaikan tanggungjawab terhadap keluarga atau masyarakat dengan bekerja sehingga larut malam atau tanpa mengira masa.
Qanaah (sentiasa berpuas hati dengan rezeki yang diberikan oleh Allah)
Sifat seseorang pengurus Islam yang sentiasa berpuas hati dengan rezeki yang diberikan oleh Allah kepadanya. Pengurus Islam yang qanaah bukanlah seorang pengurus yang mengejar pangkat dan status sebagai objektif hidupnya. Mereka yakin jika usaha atau kerjanya tidak mendapat ganjaran yang setimpal atau sepatutnya daripada majikannya, maka ganjaran itu akan diperoleh di akhirat kelak.
Natijah daripada sifat ini ialah pengurus akan sentiasa memberikan peluang kepada pekerjanya untuk mendapat ganjaran dan tidak berebut dengan pekerjanya untuk mendapatkan ganjaran tersebut. Oleh itu, pengurus  tidak akan mengeksploitasikan hasil kerja pekerjanya sebagai batu loncatan mereka untuk naik pangkat.
Jika dibandingkan antara pandangan pengurusan barat dengan pengurusan Islam, sebenarnya kedua-duanya saling bergantungan dan saling memerlukan. Pengurus Islam tidak menolak bulat-bulat kebaikan yang dibawa oleh pengurusan moden ke dalam amalan pengurusan dalam organisasi pada hari ini.
• Pekerja hendaklah dianggap sebagai aset bagi sesuatu organisasi, bukannya liabiliti yang perlu dihapuskan.
• Bina atau wujudkan kepercayaan dan rasa hormat kepada pekerja, bukannya menganggap pekerja sebagai alat untuk mengaut keuntungan. Pandangan ini telah menjadikan Peter Drucker  disanjungi oleh orang Jepun.
Sebagai renungan bersama, perhatikan pendapat Peter Drucker tentang pengurusan, semoga sifat dan sikap pengurus yang baik daripada pandangan Barat dan Islam ini dapat dijadikan pegangan dalam melakukan tugas seharian.

Kepentingan maqasid syariah menjadi lebih utama maka adalah menjadi keperluan untuk merujuk kepada pandangan al-Syatibi bahawa maqasid syariah secara dasarnya merangkupkan  dalam tiga kategori iaitu kepentingan dharuriyyat, iaitu segala yang sangat penting dalam survival kehidupan manusia untuk dipenuhi. Manakala keperluan hajiyat iaitu sesuatu keperluan hidup untuk memudahkan kehidupan di dunia di mana umat manusia akan menghadapi kesempitan tanpa asas ini dipenuhi dan keperluan tahsiniyat pula suatu keperluan yang tidak penting berbentuk keselesaan semata-mata, bukan suatu kemestian. Oleh itu, dalam melakukan sesuatu tindakan atau perancangan sama ada untuk jangka masa panjang atau pendek, maka tiga kategori ini perlu menjadi kretiria dan pra-syarat utama dalam membuat sesuatu keputusan berkenaannya terutamanya apabila melibatkan aspek agama, jiwa, akal, keturunan dan harta secara keseluruhannya ke arah pembentukan institusi masyarakat madani yang adil dan progresif.